Wednesday 19 August 2009

Selamat Datang ke Blog HAMIRA RESOURCES

Assalamualaikum w.b.t

Kepada semua pembaca blog ini dan pelanggan kami yang dihargai,
Alhamdulillah, syukur kepada Allah s.w.t dengan limpah rahmatNYA, dapatlah juga kami menyiapkan blog Hamira Resources yang bertujuan memudahkan para pelanggan kami membuat pilihan tudung terkini di Hamira Resources.

Terima Kasih kepada semua pelanggan dan pembaca blog ini, kerana sudi melayari blog ini.

Islam mewajibkan kaum wanita memakai tudung sebagai salah satu cara untuk menjaga dan memelihara maruah mereka. Di samping itu, ianya adalah satu kewajipan syarak yang wajib dipatuhi.

Jika mengabaikannya, ia sebenarnya mampu memberi kesan negatif walaupun disangkal oleh kebanyakan wanita itu sendiri. Buktinya, ia telah menjadi punca terbesar berlakunya gejala sosial di kalangan wanita Islam sekarang.

Dari itu, kembalikanlah maruah wanita Islam masa kini kerana anda sajalah yang mampu mengubahnya.

Sekali lagi kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada pelanggan dan pembaca blog Hamira Resources ini. Sebarang komen dan cadangan boleh dihantar ke alamat email kami di:
tudungterkini@yahoo.com atau SMS ke 0172055799

Salam Ukhwah dari kami,

Management HAMIRA RESOURCES

No comments:

Post a Comment